Sejarah Detasmen Ketumbukan Steiner

Pada hari kedua Pertempuran Berlin, 17 April, Generaloberst Gotthard Heinrici, Panglima Kumpulan Tentera Darat Vistula, mengambil dua divisyen terkuat Kor III (Germanik) Panzer SS Steiner (Simpanan Kumpulan Tentera Darat), iaitu Divisyen Nordland SS dan Divisyen Nederland SS. Beliau meletakkannya dibawah pemerintahan General der Infanterie Theodor Busse, Panglima Tentera Darat Ke-9, kerana Busse mempunyai kebanyakan unit lain dalam Kor III. Divisyen Nordland telah dihantar ke Kor LVI Panzer Helmuth Weidling untuk mempertahankan Bukit Seelow, untuk menguatkan sektor yang dipegang oleh Divisyen Ke-9 Paracut. Divisyen Nederland telah dihantar ke barat daya Frankfurt an der Oder dan ditugaskan dengan Kor V Gunung SS, dimana ia ditakdirkan untuk musnah dalam Pertempuran Halbe.[3]

Heinrici mengarahkan Kor III SS Panzer, dikurangkan kepada tiga batalion dan sedikit kereta kebal, untuk mengumpul apa saja pasukan yang ada bagi mendirikan garis saringan di sepanjang Terusan Finow untuk melindungi rusuk selatan Tentera Darat Ke-3 Panzer dari di serang oleh Barisan Pertama Belorussia Marsyal Soviet Zhukov, yang telah memecah masuk pertahanan Bukit Seelow dan sedang mengepung Berlin.[4][5]

Pada 21 April Adolf Hitler, tanpa menghiraukan fakta, mula memanggil unit-unit rakyat yang berada dibawah pemerintahan "Detasmen Ketumbukan Steiner". Beliau mengarahkan Steiner menyerang rusuk utara sesusuh besar yang dicipta oleh serangan Barisan Pertama Belorussia. Serentak itu Tentera Darat Ke-9, yang telah ditolak ke selatan dari sesusuh itu, akan menyerang arah utara dalam serangan gerakan kacip. Untuk memudahkan serangan ini Steiner telah menugaskan tiga divisyen daripada Kor CI (Wehrmacht) Tentera Darat Ke-9, Divisyen Ke-4 Polizei SS, Divisyen Ke-5 Jäger, Divisyen Ke-25 Panzergrenadier — semua berada di utara Terusan Finow[note 1] — dan Kor LVI Panzer Weidling, yang masih berada di timur Berlin dengan rusuk utaranya dibawah Werneuchen.[4][5]

Tiga divisyen ke utara akan menyerang selatan dari Eberswalde (pada Terusan Finow dan 24 km (15 batu) timur Berlin) ke arah Kor LVI Panzer, jadi membelah susuh Barisan Pertama Belorussia kepada dua. Steiner menelefon Heinrici dan memaklumkan bahawa rancangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana Divisyen Ke-5 Jäger dan Divisyen Ke-25 Panzergrenadier dikerahkan untuk bertahan dan tidak boleh ditempatkan semula sehingga Divisyen Ke-2 Marin tiba dari pantai untuk membebaskan mereka. Yang tinggal hanya 2 batalion dari Divisyen Ke-4 Polis SS, dan mereka tiada senjata tempur. Heinrici menelefon Hans Krebs, Ketua Staf Am (OKH), memberitahunya bahawa rancangan itu tidak dapat dilaksanakan dan meminta untuk bercakap dengan Hitler, tetapi diberitahu yang Hitler terlalu sibuk untuk menjawab panggilannya.[4][5]

Pada 22 April, dalam mesyuarat petangnya Hitler mengetahui yang Steiner tidak akan menyerang, menurut keterangan setiausahanya, beliau "terdiam seketika", dan kemudian menegaskan bahawa kaum wanita (setiausaha dan Eva Braun) harus meninggalkan Berlin dengan segera (tetapi mereka enggan). Beliau mengisytiharkan bahawa peperangan telah kalah, menyalahkan para jeneral dan mengumumkan beliau mahu tinggal di Berlin sehingga akhir dan kemudian membunuh dirinya.[6][7] Selepas 22 April "Detasmen Ketumbukan Steiner" tidak banyak disebut dalam Führerbunker.[8]

Berkaitan